SOALAN LAZIM |
|
1 |
Apakah kelayakan minimum untuk memohon mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh ADTEC Batu Pahat? |
Pada amnya kelayakan minimum bagi memohon untuk mengikuti kursus-kursus di ADTEC Batu Pahat adalah seperti berikut: i. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik,Metematik Tambahan,Sains,Fizik,Subjek Teknikal dalam bidang berkaitan.Lulus bahasa Inggeris. ii. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan. |
|
2 |
Apakah syarat kemasukan ke ADTEC Batu Pahat dan berapakah had umur bagi kelayakan masuk? |
Syarat kemasukan ke ADTEC Batu Pahat ialah:
|
|
3 |
Bagaimana permohonan kemasukan ke ADTEC Batu Pahat boleh dibuat? |
Permohonan kemasukan ke ADTEC Batu Pahat boleh dibuat melalui UPU online iaitu www.upu.mohe.gov.my atau melalui laman web Jabatan Tenaga Manusia (JTM) iaitu www.jtm.gov.my. Permohonan hanya boleh dibuat secara online. Iklan kemasukan boleh dirujuk di dalam akhbar-akhbar utama |
|
4 |
Apakah kursus-kursus yang ditawarkan di ADTEC Batu Pahat ? |
Kursus-kursus yang ditawarkan di ADTEC Batu Pahat ialah:
|
|
5 |
Berapakah yuran yang dikenakan untuk memasuki ADTEC Batu Pahat? |
Pengajian di ADTEC Batu Pahat akan dikenakan yuran kursus, asrama dan makan-minum dengan kadar yang berpatutan. Bagaimanapun, Kerajaan telah mewujudkan Tabung Pembangunan Kemahiran dibawah pentadbiran Kementerian Sumber Manusia untuk memberi pinjaman kepada pelatih-pelatih yang berjaya memasuki ADTEC Batu Pahat dan institusi latihan seumpamanya dengan kadar pinjaman sebanyak RM5,000.00 setahun dan jumlah ini adalah mencukupi untuk menampung perbelanjaan di atas. Pihak ADTEC Batu Pahat akan membantu urusan mendapatkan pinjaman tersebut sebaik sahaja pelatih-pelatih mendaftar di Pusat ini. |
|
6 |
Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di ADTEC Batu Pahat? |
|
|
7 |
Bilakah kemasukan pelatih ke ADTEC Batu Pahat? |
Kebiasaannya kemasukan pelatih Adtec Batu Pahat ialah pada setiap bulan Januari dan Julai bergantung pada kekosongan asrama dan kos yang ditawarkan |
|
8 |
Mengapa saya harus pilih Adtec Batu Pahat sebagai Institusi pilihan pertama? |
Adtec Batu Pahat harus menjadi pilihan pertama anda kerana anda akan dibekalkan dengan Latihan Kemahiran yang teratur berdasarkan standard Kemahiran Malaysia (SKM),dibantu pula dengan tenaga pengajar yang mahir serta kemudahan peralatan latihan yang canggih dan terkini selaras dengan pembangunan industri |
|
9 |
Kemanakah arah tuju saya setelah tamat latihan di Adtec Batu Pahat? |
Anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di beberapa Institusi Latihan Kemahiran Lanjutan dibawah Jabatan Tenaga Manusia(JTM) seperti Japan Malaysia Technical Institute (JMTI),IPTA yang mahupun IPTS.Anda juga berkebolehan menjadi salah satu seorang pekerja mahir disektor awam ataupun swasta |
|