Malay Chinese (Simplified) English

12 Peserta Sertai Kursus CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector 


Batu Pahat, 1 Oktober 2018 - Seramai 12 orang peserta telah menyertai kursus CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector yang diadakan pada 21 hingga 25 September di Bilik Seminar Zamrud, ADTEC Batu Pahat baru-baru ini. Peserta terdiri daripada 3 pensyarah UTEM, 2 pekerja industri dan 7 pelajar ADTEC Batu Pahat. Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini dianjurkan oleh Jabatan Kimpalan, ADTEC Batu Pahat. 

Bagi 2 hari yang pertama, kursus dikendalikan oleh En. Azrul Hisam bin Abdul Aziz, pensyarah daripada Jabatan Kimpalan manakala 3 hari yang berikutnya, kursus dikendalikan pula oleh En. Ahmad Izzat Bin Anuar, daripada syarikat TWI. Pada hari terakhir kursus, para peserta perlu menduduki peperiksaan khas dan mereka mesti lulus peperiksaan tersebut sebelum mereka layak diiktiraf sebagai Visual Welding Inspector oleh CSWIP. Keputusan peperiksaan akan diterima oleh para peserta dalam masa 1 bulan. 

Kursus CSWIP ini meliputi prosedur pemeriksaan secara visual, kod dan standard yang relevan dengan amalan terma dan definasi proses kimpalan dan kecacatan yang tipikal, ukuran kimpal, dokumentasi serta laporan praktikal. Sepanjang kursus ini, para peserta akan dilatih untuk mengenalpasti pelbagai ketidaksempurnaan kimpalan (kecacatan), memahami teknologi kimpalan yang berkaitan dengan pemeriksaan visual, memahami keperluan untuk dokumentasi dalam kimpalan, mengenalpasti kod dan standard yang berkaitan dengan keperluan pemeriksaan, menjalani proses amalan pemeriksaan visual serta melapor dan membuat laporan pematuhan dengan kriteria yang digunakan.

Menurut En. Azrul Hisam, beliau sangat berharap agar melalui kursus ini, para peserta akan mendapat pendedahan secukupnya terhadap pemeriksaan hasil kimpalan serta berjaya diktiraf sebagai Visual Welding Inspector oleh CSWIP. Beliau juga berharap, dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi oleh peserta, mereka dapat pula menyampaikan kepada orang lain untuk manfaat bersama.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus. Tahniah juga diucapkan kepada Jabatan Kimpalan kerana telah berjaya menganjurkan kursus ini. 

 

-- Gambar Sekitar Kursus --

  

 

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates