Malay Chinese (Simplified) English

15 PELAJAR ADTEC BATU PAHAT SERTAI KURSUS  PENGENALAN OGSP


Batu Pahat, 1 Oktober 2018 - Seramai 15 orang pelajar ADTEC Batu Pahat telah menghadiri Kursus OGSPOil & Gas Safety Passport (Pasport Keselamatan Minyak dan Gas) yang diadakan di ADTEC Batu Pahat semalam. Daripada 15 pelajar tersebut, 14 daripadanya ialah pelajar semester 5 kursus Kimpalan manakala seorang lagi adalah pelajar semester 1 kursus Oil & Gas (Mekanikal). Kursus yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang ini dijalankan di Bilik Seminar Jabatan Mekanikal. Pengajar kursus ini ialah Encik Aziz Abdul Hamid daripada National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan dengan aspek keselamatan dalam industri minyak dan gas sebelum para pelajar menjalani latihan industri atau menceburi bidang kerjaya dalam sektor ini. Ianya mempunyai tiga modul dimana modul pertama adalah berkaitan dengan Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, modul kedua pula berkaitan dengan Punca dan Pencegahan Kemalangan manakala modul ketiga berkaitan dengan Hazard Utama Aktiviti di Dalam Industri Minyak & Gas dan Kaedah Kawalannya. Untuk melayakkan pelajar-pelajar memiliki pasport keselamatan minyak dan gas, pelajar-pelajar perlu menduduki ujian khas dan lulus ujian tersebut.

 

 -- Gambar Sekitar Kursus --  

    

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates