Malay Chinese (Simplified) English

233 PELAJAR ADTEC BATU PAHAT SERTAI BENGKEL TMS, U-PUSTAKA DAN eSPKM


ADTEC Batu Pahat, 16 Ogos 2018 - Seramai 233 pelajar baharu ADTEC Batu Pahat sesi kemasukan 2/2018 telah terlibat dalam bengkel yang diadakan di Makmal Komputer 3 pada 13 dan 14 Ogos, baru-baru ini. Bengkel dua hari ini merupakan anjuran bersama Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL), Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM) dan Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL).

Bengkel bermula seawal jam 8.30 pagi dan pelaksanaannya dibuat secara bergilir-gilir mengikut kursus. Setiap kursus diperuntukkan masa satu jam 30 minit untuk menyelesaikan pendaftaran SKM dan DKM dalam sistem eSPKM, pendaftaran u-Pustaka dan pengemaskinian maklumat pelajar dalam sistem TMS. Pendaftaran eSPKM dikendalikan oleh Puan Bahiyah binti Surip, pendaftaran u-Pustaka pula dikendalikan oleh Encik Norkamarudin Muazam Shah bin Kassim dan Cik Nuraihan binti Ismail, manakala bengkel TMS dikendalikan oleh En. Mohd Hatta bin Awang dengan dibantu oleh Pentadbir TMS, Puan Nurulhafzan binti Abd. Nasir dan Puan Maslinda binti Hadinan.

 

-- Gambar Sekitar Bengkel --

   

   

   

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates