Malay Chinese (Simplified) English

234 PESERTA HADIR SEMINAR CISCO DI ADTEC BATU PAHAT


Batu Pahat, 7 Mei 2018 - Seramai 234 orang pelajar telah menghadiri seminar 'CISCO Leads Our Present and Future Global Marketing and Technology Visionary' yang diadakan di Dewan Sri Nilam, ADTEC Batu Pahat pada 29 April yang lalu. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar institusi kemahiran dan sekolah menengah sekitar Johor dan Negeri Sembilan. Antara yang terlibat adalah pelajar-pelajar daripada ILP Tangkak, ILP Pedas, KV Kluang, GiatMARA Ledang, GiatMARA Batu Pahat, Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat, Sekolah Menengah Dato Syed Esa, Sekolah Menengah Kebangsaan Banang Jaya dan tidak terkecuali pelajar-pelajar ADTEC Batu Pahat sendiri. 

Seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Komputer Rangkaian ADTEC Batu Pahat ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Menurut Ketua Bahagian Jabatan Komputer Rangkaian, Puan Eza binti Monzaid, seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang aktiviti, kemudahan dan persijilan profesional CISCO dibawah Local Academy Cisco di ADTEC Batu Pahat.

Penceramah jemputan terdiri daripada En. Abdul Farid Bin Azmi daripada CISCO, Dr. Affero Ismail daripada UTHM dan En. Amirul Rashid bin Mohamad, wakil Alumni ADTEC Batu Pahat.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan seminar CISCO kali ini.

  

 -- Gambar Sekitar Seminar --

    

    

Klik di sini untuk melihat lenih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates