Malay Chinese (Simplified) English

24 PELAJAR KURSUS TEKNOLOGI KIMPALAN ADTEC BATU PAHAT SERTAI KURSUS OGSP


20 OKTOBER 2019 - Seramai 24 orang pelajar semester 4 dan 5 Kursus Teknologi Kimplan telah menghadiri Kursus OGSP - Oil & Gas Safety Passport (Pasport Keselamatan Minyak dan Gas) yang diadakan di Bilik Seminar Zamrud, ADTEC Batu Pahat pada 14 Oktober, baru-baru ini. Tenaga pengajar bagi kursus ini ialah Encik Zulkifli bin Harun dari Petronas. Pelaksanaan kursus diurusetia oleh Encik Azrul Hisam bin Abdul Aziz, pengajar Bahagian Kimpalan ADTEC Batu Pahat dengan kerjasama Puan Ummu Sufiah Binti Ibrahim daripada NIOSH Johor Bahru.

Kursus OGSP adalah merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar sebelum mereka menjalani latihan industri atau kelak bekerja di loji-loji minyak di Malaysia terutamanya di loji Petronas. Sepanjang kursus, pelajar didedahkan dengan aspek keselamatan dalam industri minyak dan gas. Kursus ini mempunyai tiga modul dimana modul pertama adalah berkaitan dengan Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, modul kedua berkaitan dengan Punca dan Pencegahan Kemalangan manakala modul ketiga berkaitan dengan Hazard Utama Aktiviti di Dalam Industri Minyak & Gas dan Kaedah Kawalannya. Untuk melayakkan pelajar-pelajar memiliki pasport keselamatan minyak dan gas, terlebih dahulu pelajar-pelajar perlu menduduki ujian khas dan lulus ujian tersebut.

 

 -- Gambar Sekitar Kursus --  

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates