Malay Chinese (Simplified) English

9 PENGAJAR ILJTM SERTAI KURSUS MICROCONTROLLER MENGGUNAKAN ARDUINO UNO DI ADTEC BATU PAHAT


Batu Pahat, 22 April 2018 - Seramai 9 orang tenaga pengajar ILJTM menghadiri Bengkel Asas Microcontroller Menggunakan Arduino Uno bermula pada 16 hingga 18 April, baru-baru ini. Bengkel 3 hari ini  dijalankan di Computer System Lab, Bahagian Mekatronik dan dikendalikan oleh Encik Abd Rahim bin Kasiman, pensyarah di Jabatan Mekatronik, ADTEC Batu Pahat. Menariknya, bengkel ini bukan sahaja dihadiri oleh tenaga pengajar daripada bidang Mekatronik, malah terdapat juga peserta daripada bidang Elektronik, Mikroelektronik, Telekomunikasi dan juga Komputer Rangkaian. Turut serta ialah pengajar-pengajar yang terlibat secara langsung dalam pertandingan robot dan inovasi. 

Menerusi bengkel ini, para peserta diberi kefahaman untuk mengaplikasi konsep digital output, digital input, PWM, kawalan asas DC motor dengan menggunakan microcontroller Arduino Uno. Bengkel ini juga membantu memahirkan diri peserta dalam kawalan perkakasan menggunakan control structure C++ seperti if, for dan while. Di samping itu, peserta juga dilatih dengan kemahiran asas pendawaian elektronik. Dengan semua elemen yang dipelajari dalam bengkel ini, adalah diharapkan selepas ini, pengajar-pengajar menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan masalah secara kawalan elektronik selain dapat menaiktaraf projek-projek inovasi mereka menggunakan microcontroller Arduino Uno.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Tahniah juga diucapkan kepada Bahagian Mekatronik kerana telah berjaya menganjurkan bengkel ini. 

 

-- Gambar Sekitar Bengkel --

      

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates