Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT CEMERLANG DALAM ASEAN ROBOFEST 2019


ADTEC Batu Pahat, 01 April 2019 - Pelajar ADTEC Batu Pahat muncul sebagai Johan dan Naib Johan kategori Skills Challenge Electronics dalam Pertandingan Asean Robofest 2019 yang berakhir semalam. Kejayaan ini membolehkan Elvio Anak Gaeng (Johan) dan Muhammad Al Badrul Ameen (Naib Johan), masing-masing membawa pulang pingat Emas dan Perak serta hadiah tajaan daripada Cytron. Pasukan ADTEC Batu Pahat juga berjaya mendapat tempat kelima (Skills Excellence) daripada 12 pasukan yang bertanding bagi kategori Skills Challenge Mechatronics. Mereka turut menerima hadiah tajaan daripada syarikat STS Shah Alam. 

Sebanyak 145 pasukan dan 564 peserta daripada 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filiphina telah turut serta dalam pertandingan Asean Robofest 2019. Pertandingan kali ini berlangsung di Dewan Bola Tampar, Seksyen 4, Shah Alam pada 30 dan 31 Mac 2019. Asean Robofest ini dianjurkan oleh Persatuan Penggerak Latihan Kemahiran Negara (MAHIR) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Alumni World Skills Malaysia dan Kelab Robot Darul Ehsan. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu Skills Challenge Electronics, Skills Challenge Mechatronics, Combat Robot 3kg dan Autonomous Sumo Robot 8kg. ADTEC Batu Pahat turut menghantar penyertaan bagi acara Combat Robot dan Sumo Robot.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menyertai pertandingan. 

 

 -- Gambar  -- 

   

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates