Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT JOHAN PERBARISAN DAN TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN KECERIAAN


ADTEC Batu Pahat, 01 September 2019 - ADTEC Batu Pahat mencatat kejayaan tersendiri apabila muncul johan acara perbarisan dan memenangi tempat ketiga pertandingan keceriaan merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 peringkat daerah Batu Pahat yang berlangsung di Dataran Batu Pahat, semalam. ADTEC Batu Pahat diumumkan johan perbarisan kategori IPTA/IPTS dan tempat ketiga pertandingan keceriaan merdeka bagi kategori Kolej/Institusi Pendidikan atau Latihan. 

Kontigen perbarisan ADTEC Batu Pahat disertai seramai 32 orang pelajar kokurikulum JPAM yang telah memulakan latihan sejak dua bulan yang lalu. Kejayaan tersebut menjadi saat membanggakan kontigen ADTEC Batu Pahat setelah hanya menduduki tempat keenam pada acara yang sama tahun lepas. Kemenangan tersebut menyaksikan kontigen ADTEC Batu Pahat merebut trofi kejuaraan dan sijil penghargaan. 

Pada masa yang sama, ADTEC Batu Pahat sekadar berpuas hati di tempat ketiga pertandingan keceriaan merdeka setelah dua tahun berturut-turut menjadi Naib Johan bagi acara tersebut. Namun begitu tahniah diucapkan kepada pasukan keceriaan ADTEC Batu Pahat yang telah bersungguh-sungguh dalam usaha mereka menceriakan suasana sambutan Hari Kebangsaan di ADTEC Batu Pahat kali ini. Kemenangan di tempat ketiga membolehkan ADTEC Batu Pahat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM700.00 beserta sijil penghargaan. 

 

 -- Gambar -- 

    

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates