Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT LAKSANA IBADAH KORBAN 1440H/2019M


Batu Pahat, 14 Ogos 2019 - ADTEC Batu Pahat menumbangkan dua ekor lembu sempena Program Qurban Aidiladha 1440H tahun ini. Program yang bermula kira-kira jam 9.00 pagi, semalam, dimulai dengan aktiviti sembelihan yang dilaksanakan di kawasan lapang, berdekatan Masjid An-Nur ADTEC Batu Pahat. Selesai proses sembelihan, program diteruskan pula dengan aktiviti memotong dan melapah daging beramai-ramai. Daging qurban kemudiannya dikumpul dan diagihkan sepertiga daripadanya kepada golongan fakir miskin di Kampung Sungai Suloh. Manakala selebihnya diagihkan kepada penama qurban dan warga ADTEC Batu Pahat. 

Program qurban ini bukanlah kali pertama dilaksanakan oleh ADTEC Batu Pahat malah ianya merupakan program rutin yang dianjurkan setiap tahun oleh Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan (KSKK) dan juga atas inisiatif individu perseorangan. Pada masa yang sama, melalui aktiviti seperti ini turut memberi peluang kepada ADTEC Batu Pahat menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat setempat. 

Terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan ibadah korban ADTEC Batu Pahat semalam.

 

-- Gambar Sekitar Program --

    

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates