Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT MENANG PINGAT PERAK DI KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT MINI (MTEX) 2019 WILAYAH SELATAN.


ADTEC Batu Pahat, 30 April 2019 - Pasukan KIK ADTEC Batu Pahat berjaya merangkul pingat PERAK menerusi projek Smart Trolley yang dipertandingkan di Konvensyen Team Excellence Peringkat Mini (MTEx) Wilayah Selatan pada 25 April, baru-baru ini. MTEx Wilayah Selatan 2019 yang diadakan di Trove, Johor Bahru, merekodkan penyertaan sebanyak 36 kumpulan dengan kehadiran 216 peserta dan 64 pemerhati yang terdiri daripada 29 organisasi dari seluruh Malaysia. 

Konvensyen Team Excellence merupakan platform untuk para pakar, pengamal dan peminat inovasi dari seluruh dunia untuk belajar daripada pengalaman dan amalan organisasi dan pasukan yang baik. Pasukan yang menyertai Konvensyen Team Excellence mengaplikasikan pelbagai alat dan teknik peningkatan kualiti dalam mempamerkan pelbagai projek inovatif semasa pembentangan mereka. Pasukan ini dinilai oleh panel hakim yang berpengalaman.

Pasukan KIK ADTEC Batu Pahat terdiri daripada 13 orang staf daripada pelbagai unit dan Jabatan. Daripada 15 orang ahli, 7 daripadanya terlibat secara langsung semasa sesi pembentangan projek di MTEx Wilayah Selatan. Tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan KIK ADTEC Batu Pahat.

 

 -- Gambar MTEx Wilayah Selatan -- 

    

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates