Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT MENANG TEMPAT KE-3 CABARAN INOVASI INKLUSIF 2019


ADTEC Batu Pahat, 29 Ogos 2019 - Projek inovasi ADTEC Batu Pahat, Smart Palm Sickle, berjaya memenangi tempat ke-3 pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif (IIC 2019) Zon Selatan untuk kategori Awam. IIC 2019 Zon Selatan dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan kerjasama SME Corp Malaysia. Pertandingan ini berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2019 bertempat di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh, Melaka. 

ADTEC Batu Pahat turut menghantar dua lagi penyertaan menerusi projek Spiral Curry Puff Machine dan Mobile Urine Test Kit untuk kategori Kerajaan dan Swasta. Meskipun kedua-dua projek ini tidak mendapat hadiah utama, namun turut terpilih untuk bertanding pada peringkat akhir. 

Projek Smart Palm Sickle yang mendapat idea daripada sabit buah sawit direkacipta oleh staf ADTEC Batu Pahat, Tn. Hj. Mohd Sujari bin Jemeran dan En. Muhammad Anuwar bin Jusoh. Kejayaan ini membolehkan mereka membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM1,000.00 beserta piala dan Sijil Penghargaan. 

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta IIC 2019.

   

 -- Gambar Pertandingan -- 

    

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates