Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT RAIH EMAS DALAM ITEX 2019 


ADTEC Batu Pahat, 7 Mei 2019 - Projek inovasi ADTEC Batu Pahat, Spiral Curry Puff Machine, mendapat pengiktirafan apabila meraih pingat Emas pada Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke-30. ITEX 2019 yang dianjurkan oleh Malaysia Invention and Design Society (MINDS) berlangsung selama 3 hari, bermula 2 hingga 4 Mei, di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Sebanyak 565 projek inovasi dari 15 kategori dipertandingkan dengan penyertaan perekacipta (inventor) dari kalangan penyelidik universiti dan institusi latihan awam dan swasta, syarikat korporat, agensi kerajaan serta individu persendirian. Pertandingan ini turut membabitkan penyertaan dari peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pasukan ADTEC Batu Pahat dianggotai oleh Encik Muhammad Anuwar bin Jusoh, Encik Wan Azizurrahman bin Wan Hassan dan Encik Mohd Sujari bon Jemeran. Projek mereka, Spiral Curry Puff Machine, yang memenangi pingat Emas dipertandingkan untuk kategori Pembuatan dan Automasi. Selain ADTEC Batu Pahat, ILJTM yang turut meraih pingat Emas ialah ADTEC Kulim, ILP Perai, ADTEC Jerantut dan JMTI. ADTEC Taiping, ILP Kangar dan ILP Jitra, masing-masing mendapat pingat Perak. Daripada 10 projek inovasi berimpak tinggi yang dikemukakan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) membabitkan 8 ILJTM dalam pertandingan kali ini, JTM berjaya merangkul 7 pingat Emas dan 3 pingat Perak. Tahniah dan syabas kepada semua ILJTM yang terlibat.

  

 -- Gambar ITEX 2019 -- 

 

 

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ATDEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates