Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT RANGKUL 1 EMAS DAN 2 PERAK PADA IIDEX 2019


ADTEC Batu Pahat, 18 September 2019 - Produk inovasi, Spiral Curry Puff Machine terus mara apabila berjaya merangkul Emas dalam pertandingan Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX) 2019 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam pada 10 hingga 15 September, baru-baru ini. Projek yang sama juga telah memenangi Emas dalam ITEX 2019 pada bulan Mei tahun ini. Produk inovasi tersebut dibangunkan oleh pengajar dan staf ADTEC Batu Pahat iaitu En. Muhamad Anuwar bin Jusoh, En. Wan Azizurrahman bin Wan Hassan, Hj. Mohd Sujari bin Jemeran dan En. Abdul Rahim bin Kasiman. Untuk pertandingan kali ini, produk tersebut telah ditambahbaik dengan memasukkan elemen IOT. 

IIDEX 2019 dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan menghimpunkan lebih 600 peserta dari dalam dan luar negara. Ini merupakan penyertaan kali pertama ADTEC Batu Pahat dalam IIDEX. Dua lagi produk inovasi ADTEC Batu Pahat iaitu Smart Palm Sickle dan Pollution Mobile Urine Test Kit, turut mencipta keputusan membanggakan apabila kedua-dua produk tersebut memenangi pingat Perak. Smart Palm Sickle direkacipta oleh Hj. Mohd Sujari bin Jemeran dan En. Muhammad Anuwar bin Jusoh. Manakala Pollution Mobile Urine Test Kit direkcipta oleh En. Muhammad Anuwar bin Jusoh.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta IIDEX 2019.

   

 -- Gambar Pertandingan -- 

    

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates