Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT RANGKUL 2 EMAS DAN 3 PERAK DALAM PERTANDINGAN TICPRO 2019 DI ADTEC KEMAMAN


ADTEC Batu Pahat, 2 Mei 2019 - ADTEC Batu Pahat cemerlang apabila berjaya merangkul 2 Emas dan 3 Perak dalam TVET Innovation & Creativity Project 2019 (TICPRO'19) yang berlangsung di ADTEC Kemaman pada 29 dan 30 April baru-baru ini. Daripada lima penyertaan, ADTEC Batu Pahat berjaya mendapat pingat Emas menerusi projek Spiral Curry Puff Machine dan Safety Locker, manakala tiga lagi projek iaitu Automatic Pet Entrance, Smart Palm Sickle dan Mobility Urine Test, berjaya mendapat pingat Perak. 

Majlis perasmian penutup TICPRO'19 pada 30 April 2019 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Tuan Haji Zaihan bin Shukri dan Pengarah ADTEC Kemaman, Tuan Haji Abdul Halim bin Abd Rahman. 

Sebanyak 124 projek telah dipertandingkan membabitkan 471 peserta daripada institusi TVET seluruh Malaysia seperti ADTEC, ILP, IKBN, IKTBN, IKM, MARA, KV, Politeknik, UNISZA dan juga sekolah. TICPRO'19 menobatkan 30 pemenang pingat Emas, 30 pemenang pingat Perak dan 40 pemenang pingat Gangsa. Tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur TICPRO'19.

 

 -- Gambar TICPRO'19 -- 

    

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook Rasmi ATDEC Batu Pahat

 

 

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates