Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT RANGKUL 2 PINGAT EMAS DAN 1 PINGAT PERAK DI I-EIE2019


10 OKTOBER 2019 - ADTEC Batu Pahat terus cemerlang apabila berjaya merangkul 2 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak di International EUREKA Innovation Exhibition (i-EIE2019) yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), Kedah pada 7 hingga 9 Oktober, baru-baru ini. ADTEC Batu Pahat kali ini menghantar tiga penyertaan menerusi projek inovasi Spiral Curry Puff Machine, Pollution Mobile Urine Test Kit dan Smart Palm Sickle. 

Dua pingat Emas ADTEC Batu Pahat berjaya dirangkul menerusi projek Spiral Curry Puff Machine dan Pollution Mobile Urine Test Kit. Manakala pingat Perak dimenangi menerusi projek Smart Palm Sickle. Lebih membanggakan apabila projek Spiral Curry Puff Machine dinobatkan sebagai Johan (EUREKA BEST AWARD) kategori Manufacturing Process, Machines & Equipment, Automotive, Transportation & Industrial Design. Kejayaan tersebut membolehkan ADTEC Batu Pahat membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00 beserta sijil dan pingat.

Tahniah pasukan inovasi ADTEC Batu Pahat kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama ADTEC Batu Pahat di persada antarabangsa. 

  

 -- Gambar Pertandingan -- 

 

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates