Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT RANGKUL 2 PINGAT EMAS DI PECITA 2019


26 SEPTEMBER 2019 - ADTEC Batu Pahat berjaya merangkul 2 pingat Emas dan 1 pingat Perak pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2019 yang berlangsung di UTHM, Batu Pahat, Johor pada 22 dan 23 September, baru-baru ini. ADTEC Batu Pahat menang pingat Emas menerusi projek Spiral Curry Puff Machine dan Smart Palm Sickle manakala pingat Perak dimenangi menerusi projek Pollution Mobile Urine Test (MUT) Kit.

PECIPTA 2019 dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk mempamerkan hasil ciptaan penyelidikan dan inovasi yang dibangunkan oleh semua IPTA, IPTS, ILKA, ILKS dan lain-lain agensi yang berkaitan. PECIPTA 2019 berjaya mengumpulkan hampir 700 penyertaan termasuk penyertaan daripada pelajar sekolah menengah dan pendidikan khas.

Tahniah kepada pasukan inovasi ADTEC Batu Pahat dan kepada semua peserta yang bertanding.

 

 -- Gambar Pertandingan -- 

      

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates