Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT RANGKUL NAIB JOHAN PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA 2018


Batu Pahat, 3 September 2018 - ADTEC Batu Pahat sekali lagi mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Keceriaan Merdeka 2018 bagi kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat kategori Kolej/Institutsi Pendidikan dan Latihan untuk kali kedua berturut-turut. Pada tahun lepas ADTEC Batu Pahat juga berjaya merangkul Naib Johan bagi kategori yang sama. Keputusan pertandingan diumumkan dalam majlis sambutan Hari Kebangsaan kali ke-61 peringkat daerah Batu Pahat di Dataran Batu Pahat pada 31 Ogos, baru -baru ini. Kejayaan ini membolehkan ADTEC Batu Pahat membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM2000.00 beserta sijil penyertaan. Dalam sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Dataran Batu Pahat baru -baru ini, seramai 29 orang pelajar ADTEC Batu Pahat turut terlibat dalam aktiviti perarakan dan perbarisan.

Pertandingan Keceriaan Merdeka 2018 dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat sempena sambutan ulang tahun ke-61 kemerdekaan negara. Pertandingan kali ini bertemakan Sayangi Malaysiaku. Terdapat enam kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej/Institusi Pendidikan & Latihan, Bangunan Kerajaan dan Bangunan Swasta. Pertandingan kali ini memberi fokus kepada sambutan meraikan kemerdekaan melalui kreativiti pengibaran jalur gemilang, semangat patriotik serta keceriaan landskap di kawasan bangunan agensi masing-masing bagi membuktikan kesungguhan dalam menyambut hari Kebangsaan serta taat setia terhadap Negara. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga ADTEC Batu yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti menceriakan kawasan ADTEC Batu Pahat sempena Hari Kebangsaan kali ke-61. Semoga ADTEC Batu Pahat menjadi johan pula dalam pertandingan yang akan datang. 

 

 -- Gambar Sekitar Aktiviti -- 

   

   

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Faebook rasmi ADTEC Batu Pahat

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates