Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT REBUT 3 PINGAT EMAS DI I-TECH 2019


30 SEPTEMBER 2019 - ADTEC Batu Pahat terus mara apabila berjaya merebut 3 Pingat Emas menerusi tiga penyertaan dalam i-Tech 2019 yang berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kemaman, Terengganu pada 24 dan 25 September baru-baru ini. Lebih membanggakan apabila projek inovasi Spiral Curry Puff Machine dinobatkan sebagai Juara kluster Manufacturing Process, Machines, Equipment and Automotive. Kejayaan ini membolehkan ADTEC Batu Pahat merebut hadiah utama bagi kategori tersebut bernilai RM300.00. Projek Pollution Mobile Urine Test Kit (MUT Kit) turut dipilih menjadi Naib Juara bagi kluster Science, Material, School Science, Teaching & Training. Naib Juara bagi setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200.00.

International Innovation Technology Exhibition and Conference 2019 (i-Tech'19) mempertandingkan 7 kluster inovasi dengan tema kali ini "Gearing Up for Industry 4.0". Program ini dianjurkan dua tahun sekali oleh KKTM Kemaman dan kali ini dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Univesiti Kuala Lumpur (UniKL). 

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan semua peserta yang bertanding. Tahniah juga kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan i-Tech 2019.

 

 -- Gambar Pertandingan -- 

  

 

 KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

 

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates