Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT REBUT NAIB JOHAN KETIGA-TIGA KATEGORI MEMANAH


10 OKTOBER 2019 - ADTEC Batu Pahat mencatat kejayaan berganda apabila muncul Naib Johan bagi kategori berpasukan, Naib Johan kategori individu lelaki dan Naib Johan kategori individu wanita dalam pertandingan memanah tradisional antara Jabatan Kerajaan Daerah Batu Pahat yang berlangsung pada 7 Oktober, baru-baru ini. Pertandingan memanah ini merupakan salah satu acara yang dipertandingkan sempena Karnival Islami 2019 yang diadakan di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat.

Karnival Islami 2019 dianjurkan oleh Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat bermula 5 hingga 8 Oktober 2019. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang karnival tersebut antaranya pertandingan memanah, pertandingan khat, pertandingan mewarna, kuliah agama, qasidah, program ibadah mesra pesakit, senamrobik dan juga pembukaan gerai-gerai jualan (produk muslim). Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari sepanjang 4 hari karnival tersebut berlangsung. 

Tahniah kepada pasukan memanah ADTEC Batu Pahat. Kejayaan tersebut membolehkan mereka membawa pulang pingat, sijil dan hamper kemenangan.

 

 -- Gambar -- 

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates