Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT TERIMA 142 ORANG PELAJAR BAHARU PADA HARI PERTAMA PENDAFTARAN SESI 2/2019


Batu Pahat, 1 Julai 2019 - Seramai 142 orang pelajar baharu telah mendaftar di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat bagi sesi kemasukan Julai 2019 semalam. Lima bidang pengajian ditawarkan untuk sesi Julai 2019 pada peringkat Diploma dan juga Sijil seperti Komputer (Rangkaian), Mekatronik, Kimpalan, dan Pembuatan (Pemesinan) dan Elektronik.

Sesi pendaftaran yang bermula seawal jam 8.30 pagi di Pusat Sumber ADTEC Batu Pahat dilihat berjalan dengan lancar kerana kerjasama yang baik yang diberikan oleh pelajar, ibu-bapa, penjaga dan juga kakitangan yang bertugas pada hari tersebut. Sesi pendaftaran pelajar pada hari tersebut berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua kakitangan yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sesi pendaftaran pelajar baharu kali ini. Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu ADTEC Batu Pahat. 

 

 -- Gambar Sekitar Hari Pendaftaran --

   

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates