Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT TERIMA 83 ORANG PELAJAR BAHARU PADA HARI PERTAMA PENDAFTARAN SESI 1/2020


Batu Pahat, 7 Januari 2020 - Seramai 83 orang pelajar baharu telah mendaftar di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat bagi sesi kemasukan Januari 2020 pada 1 Januari yang lalu. Empat bidang pengajian ditawarkan untuk sesi Januari 2020 peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Mekatronik, Kimpalan dan Pembuatan (Pemesinan) dan Elektronik.

Sesi pendaftaran yang bermula seawal jam 8.30 pagi di Pusat Sumber ADTEC Batu Pahat dilihat berjalan dengan lancar kerana kerjasama yang baik yang diberikan oleh pelajar, ibu-bapa, penjaga dan juga kakitangan yang bertugas pada hari tersebut. Sesi pendaftaran pelajar pada hari tersebut berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua kakitangan yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sesi pendaftaran pelajar baharu kali ini. Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu ADTEC Batu Pahat. 

 

 -- Gambar Sekitar Hari Pendaftaran --

   

Layari Facebook ADTEC Batu Pahat untuk melihat lebih banyak gambar

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates