Audit Pematuhan Program DTK Komputer Rangkaian

 

ADTEC Batu Pahat, 4 Oktober 2021 - Sesi audit penilaian pematuhan Akredatasi Penuh bagi Program Diploma Teknologi Komputer Rangkaian telah diadakan secara maya (MQAVA) pada 28 September, baru-baru ini. Sesi ini diurusetia oleh pegawai MQA dan proses audit telah dilaksanakan oleh dua orang panel daripada universiti tempatan. Pihak ADTEC Batu Pahat yang terlibat pula terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi, Ketua Jabatan, Ketua Program DTK (Komputer dan Rangkaian), Penolong Pengarah BKKL dan juga beberapa orang pelajar serta alumni bidang Teknologi Kejuruteraan Komputer dan Rangkaian, ADTEC Batu Pahat.

Audit tersebut diadakan bertujuan untuk membuat penilaian semula program Diploma Teknologi Kejuruteraan (Komputer & Rangkaian) selepas 5 tahun penganugerahan akreditasi penuh. Sesi audit telah berlangsung bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari.

 

-- Gambar Sekitar Sesi Audit --