Malay Chinese (Simplified) English

Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Di ADTEC Batu Pahat


ADTEC Batu Pahat, 4 Ogos 2019 - Pada 1 Ogos baru-baru ini, telah berlangsung audit pensijilan semula Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 JTM oleh pihak SIRIM QAS di ADTEC Batu Pahat. ADTEC Batu Pahat menjadi salah satu daripada 11 ILJTM yang dipilih untuk diaudit bagi mendapatkan pensijilan semula MS ISO 9001:2015 yang bakal tamat pada 16 Ogos 2019. 

Audit yang mengambil masa sehari ini dikendalikan oleh juruaudit SIRIM iaitu Puan Rohazlin Binti Md Yassin. Proses pengauditan yang dijalankan merangkumi skop pensijilan Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal. Proses audit berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua kakitangan. 

Puan Rohazlin telah mengumumkan rumusan serta hasil penemuan audit pada Mesyuarat Penutup Audit yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Sumber, Tn. Hj. Zaidi bin Md Yusuf di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Pentadbiran. Secara keseluruhannya, ADTEC Batu Pahat mendapat maklumbalas positif daripada juruaudit tanpa sebarang Laporan Ketidakakuran (0 NCR) diterima. Namun begitu, terdapat juga beberapa cadangan penambahbaikan dari juruaudit untuk lebih memantap dan memperkemaskan pengurusan perkhidmatan latihan di ADTEC Batu Pahat.

 

 -- Gambar Sekitar Pengauditan --

    

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat   

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates