Malay Chinese (Simplified) English

BENGKEL PEMANTAPAN PENGAUDITAN BAGI JURUAUDIT BERSAMA AUDITEE


Batu Pahat, 19 Januari 2018 - Seramai 20 peserta terdiri daripada kakitangan ADTEC Batu Pahat telah menyertai Bengkel Pemantapan Pengauditan bagi Juruaudit bersama Auditee serta Pengukuran Hasil Pelan Tindakan, Pelan Risiko dan Peluang bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 yang berlangsung di Bilik Seminar Mutiara, ADTEC Batu Pahat pada 7 Januari 2019. Bengkel separuh hari ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Bengkel dikendalikan oleh Puan Hajah Shamsiah binti Sarkawi, iaitu Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Kualiti (QMT) ADTEC Batu Pahat.

Dalam bengkel tersebut, peserta diberi pendedahan dan kefahaman tentang prosedur kualiti, rekod kualiti serta pelan tindakan, pelan risiko dan peluang berdasarkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015. Dalam bengkel tersebut juga, diadakan semakan silang rekod kualiti antara bahagian melibatkan Rekod Penyampaian Pengajaran dan Perancangan Pengajaran.

 

 -- Gambar Sekitar Bengkel -- 

   

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates