Malay Chinese (Simplified) English

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN ISO 9001:2015 DAN JURUAUDIT DALAMAN


Batu Pahat, 8 Januari 2018 - Lebih 20 orang peserta terdiri daripada kakitangan ADTEC Batu Pahat telah menyertai Bengkel Sistem Pengurusan ISO 9001:2015 dan Juruaudit Dalaman yang diadakan di Bilik Seminar Mutiara, ADTEC Batu Pahat semalam. Bengkel separuh hari ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Taklimat bengkel telah disampaikan oleh Puan Hajah Shamsiah binti Sarkawi, iaitu Pengerusi QMT ADTEC Batu Pahat yang juga merupakan Ketua Jabatan Komputer Rangkaian, ADTEC Batu Pahat. 

Dalam bengkel yang diadakan semalam, para peserta diberi pendedahan dan kefahaman kepada pelaksanaan dalam sistem pengurusan ISO 9001:2015. Para peserta juga diterangkan perubahan yang terdapat dalam ISO 9001:2015 berbanding ISO 9001:2008. Semoga dengan kefahaman yang diberikan melalui bengkel tersebut dapat dipraktikkan oleh semua kakitangan ADTEC Batu Pahat seterusnya dapat meningkatkan lagi kebolehan organisasi dalam memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan selepas ini.

 

 

 -- Gambar Sekitar Bengkel -- 

   

   

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates