Program Diploma Teknologi Mekatronik (DEME04) diwujudkan bagi memenuhi keperluan meluas pekerja mahir dalam pelbagai sektor industri. Bidang ini menggabungkan latihan dalam bentuk teori dan praktikal yang mengandungi 3 disiplin utama iaitu mekanikal, elektrikal & elektronik serta kawalan aturcara. Pelajar akan didedahkan secara mendalam berkaitan komponen asas elektrikal & elektronik, motor, sensor, mikropengawal, Programmable Logic Controller(PLC), komponen pneumatik dan hidraulik, rekabentuk komponen mekanikal dan pengaturcaraan sistem kawalan. Di akhir program, pelajar dijangka akan dapat menguasai kemahiran merekabentuk, memasang, mengaturcara dan menyelenggara sistem automasi industri seperti sistem berasaskan PLC dan industrial robotic arm.
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak melebihi 35 tahun;
Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan ;
Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Sila
Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);
Memiliki SPM dengan:
(a) Lulus Bahasa Melayu;
(b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;
(c) Lulus Sejarah ; dan
(d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)
Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori
Tempoh latihan ialah 3 Tahun (5 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri)
Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun
Yuran Asrama - RM 616.00 setahun
Bayaran lain yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)
Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu:
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Diploma Teknologi Mekatronik - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Graduan program Diploma Teknologi Mekatronik berpeluang menceburi kerjaya sebagai;
Penolong Jurutera/Juruteknik Sistem Mekatronik (Mechatronic System Assistant Engineer/Technician)
Penolong Jurutera/Juruteknik Penyelenggaraan (Maintenance Assistant Engineer/Technician)
Pengaturcara Sistem Automasi (Automation System Programmer)
Juruteknik Pembuatan/Pengeluaran (Manufacturing/Production Technician)
Penyelia/Juruteknik Bahagian (Line Supervisor/Technicion)
Penyelia/Operator Mesin (Machine Supervisor/Operator)
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Vocational Training Assistant Officer)
Lain-lain pekerjaan berkaitan.
Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah:
Makmal Computer System
Makmal CAD Drafting
Makmal Mekatronik 1
Makmal Mekatronik 2
Makmal Sistem Automasi
Makmal Robotik
Makmal CNC
Makmal CIM
Makmal Instrumentasi
Bengkel Fabrication & Fitting
Wiring Bay
Kurikulum Diploma Teknologi Mekatronik (VL12) menawarkan kursus-kursus berikut:
Semester 1 | Semester 2 | Semester 3 |
|---|---|---|
|
|
|
Semester 4 | Semester 5 | Semester 6 |
|---|---|---|
|
|
|