Lawatan Kerjasama Strategik ke Pejabat JAKOA Daerah Batu Pahat

Lawatan Kerjasama Strategik ke Pejabat JAKOA Daerah Batu Pahat
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan ruang kerjasama antara ADTEC JTM Kampus Batu Pahat dan JAKOA dalam memperkasakan komuniti Orang Asli melalui latihan kemahiran (TVET). Fokus utama adalah untuk menarik minat belia Orang Asli di daerah Batu Pahat dan Pontian bagi menceburi bidang teknikal dan meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.
 
Delegasi ADTEC JTM Kampus Batu Pahat diwakili Ts. Mohamad Noor bin Ismail (Timbalan Pengarah Latihan), Ts. Nur Azua binti Rahim (Penolong Pengarah Unit CESS), En. Mohd Haniff bin Omar (Pegawai CESS) dan Pn. Norbaini Binti Abas (Pegawai CESS). Wakil ADTEC disambung baik oleh En. Mohd Badri bin Ismail (Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Batu Pahat & Pontian) dan Pn. Syazwani binti Seth (Pembantu Pembangunan Masyarakat).
 
Inti pati perbincangan antaranya mempromosi Program TVET memberi peluang pengajian dan kursus jangka pendek yang tersedia untuk golongan orang asli bagi melahirkan tenaga kerja mahir. Selain itu pihak ADTEC suka untuk berkerjasama dengan JAKOA dalam program-program CSR yang dianjurkan JAKOA. Wakil ADTEC juga menjemput kakitangan JAKOA Batu Pahat ke Majlis Jubli Perak ADTEC JTM Kampus Batu Pahat yang dirancangkan pada Mei 2026.
 
Pihak JAKOA BP berkongsi perancangan akan aktiviti JAKOA bagi tahun 2026. Antaranya Program Outreach Kerjaya dijangka pada Julai 2026 dan juga Program Kembara Merdeka pada 1 hingga 3 Ogos 2026. Selain itu pihak JAKOA Negeri Johor juga merancang mengadakan Program ’Jom masuk U’ yang akan dianjurkan oleh ibu pejabat JAKOA Johor Bahru.
Pihak JAKOA BP juga berkongsi permasalahan kaum remaja orang asli khususnya di Daerah Batu Pahat , data menunjukkan kehadiran pelajar sekolah menengah orang asli ke sekolah semakin membimbangkan. Oleh itu mencadangkan untuk bekerjasama dengan ADTEC bagi melaksanakan program yang boleh meningkatkann motivasi pelajar orang asli. Sasaran program adalah tiada lagi masalah ponteng di sekolah. Syor jumlah pelajar orang asli yang ingin dilibatkan dalam program ini adalah seramai 50 orang.
 
Pertemuan ini membuahkan hasil yang positif dengan komitmen JAKOA untuk membantu mempromosikan ADTEC sebagai institusi pilihan bagi belia Orang Asli. Sinergi ini diharap dapat merapatkan jurang kemahiran dan membuka peluang kerjaya yang lebih luas buat komuniti tersebut.

Related Articles