ADTEC JTM Kampus Batu Pahat Raih 6 Perak @CITEC JTM 2026
Tahniah kepada pasukan inovasi ADTEC JTM Kampus Batu Pahat atas penyertaan dan pencapaian dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) JTM 2026 yang berlangsung pada 11 dan 12 Februari 2026 di ADTEC JTM Kampus Taiping.
Bertemakan “Inovasi Inklusif, Aspirasi Progresif”, CITEC 2026 menerima sebanyak 376 penyertaan dari seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 340 projek telah berjaya mara ke peringkat akhir. Pertandingan ini melibatkan tiga kategori utama iaitu Silikon, Titanium dan Germanium serta merangkumi pelbagai bidang termasuklah automasi pembuatan, elektrik dan elektronik, teknologi maklumat dan komunikasi, alam sekitar dan tenaga, bahan dan bioteknologi, automotif serta pendidikan.
Kesemua 6 projek ADTEC JTM Kampus Batu Pahat telah bertanding dalam Kategori Germanium iaitu kategori terbuka tanpa had umur.
Hasil penilaian panel juri, pasukan inovasi berjaya meraih 6 Pingat Perak menerusi projek-projek berikut:
Sekalung penghargaan kepada semua peserta atas usaha dan komitmen yang telah dicurahkan. Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan di ADTEC JTM Kampus Batu Pahat.