Malay Chinese (Simplified) English

FESTIVAL KEBUDAYAAN ISLAM SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI ADTEC BATU PAHAT


Batu Pahat, 19 Februari 2018 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat ADTEC Batu Pahat kali ini dimeriahkan dengan Festival Kebudayaan Islam yang berlangsung selama seminggu bermula daripada 6 hingga 13 Februari 2018. Menurut Timbalan Pengarah (Sumber), Tn. Hj. Zaidi bin Md Yusuf dalam ucapan beliau ketika sambutan Maulidur Rasul di ADTEC Batu Pahat baru-baru ini, terdapat sedikit kelainan dalam sambutan Maulidur Rasul kali ini kerana pada tahun ini tidak diadakan sesi perarakan dan pertandingan sepanduk seperti tahun-tahun sebelum ini sebaliknya digantikan dengan Festival Kebudayaan Islam. 

Pelbagai acara menarik dipertandingkan sepanjang festival seperti pertandingan tulisan khat, pertandingan azan, pertandingan nasyid dan pertandingan teka silang kata. Bagi pertandingan azan dan nasyid, penyertaan dibuka hanya kepada pelajar manakala untuk pertandingan tulisan khat dan teka silang kata, penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan. Sambutan yang diterima agak menggalakkan terutamanya bagi pertandingan teka silang kata dan tulisan khat. Bagi pertandingan teka silang kata, selain daripada peserta perlu menjawab dengan betul, peserta juga perlu menyediakan slogan terbaik yang boleh memikat hati para juri. Tema Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan bagi tahun 2018, 'Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara'  pula dipilih sebagai tema bagi pertandingan tulisan khat. 

Kemuncak festival adalah pada hari sambutan Maulidur Rasul 15 Februari yang lalu, dimana pemenang-pemenang bagi setiap kategori diumumkan dan mereka menerima hadiah berupa hamper. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan perjalanan Festival Kebudayaan Islam di ADTEC Batu Pahat.

 

Keputusan Pertandingan Tulisan Khat

1. Nurfatin Nabilah binti Asman Komputer Rangkaian
2.  Abdul Rahman bin Abdul Rashid Pemesinan
3. Nur Safi Safwan binti Suhaimi Elektronik

 

Keputusan Pertandingan Teka Silang Kata

1. Mohd Hafizal bin Mokhtar Pemesinan (Pensyarah)
2.  Abdul Rahman bin Abdul Rashid Pemesinan
3. Muhamad Farizi bin Muhamad Supi Komputer Rangkaian

 

Keputusan Pertandingan Azan

1. Abdul Sahzahrin bin Hamzah Kimpalan
2.  Muhammad Zulhilmi bin Abdul Rahman Komputer Rangkaian
3. Mohamad Faiq Qhairun Azmi bin Irwan Kimpalan
4. Muhammad Faiz bin Abdul Rahman Mekatronik
5.  Mohd Idris bin Mohd Asri Pemesinan

 

Keputusan Pertandingan Nasyid

1. Kumpulan Rushdan Elektronik
2.  Kumpulan Shoutul Imtiyyaz Mekatronik
3. Kumpulan Nasmumat Kimpalan

 

 -- Gambar Sekitar Festival --  

    

    

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Faceboook rasmi ADTEC Batu Pahat.

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates