Malay Chinese (Simplified) English

GREEN TEAM BUILDING MEMPERKASA SEMANGAT KERJASAMA DALAM PASUKAN


ADTEC Batu Pahat, 22 September 2018 - Bagi memperkasa semangat kerja berpasukan selain untuk mengeratkan ukhwah dikalangan kakitangan, ADTEC Batu Pahat melalui unit BKKL dan Pentadbiran telah menganjurkan program Team Building di Agrofarmstay Resort @ Skill-Tech, Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini. Program bertemakan Green Team Building ini dipecahkan kepada dua siri, dimana setiap siri melibatkan 40 orang peserta. Siri pertama dijalankan pada 12 dan 13 September, manakala siri kedua pada 17 dan 18 September 2018. Kedua-dua siri dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Mohd Abd Hadi Ismail daripada Hijrah Minda Consultation. 

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program 2 hari 1 malam ini. Antaranya ialah Icebreaking, mencipta sorak pasukan, game break, duit syiling, whiteboard game, rapid fire, dikir barat, mini war game, explore-race android dan mini survival. Bagi setiap aktiviti, peserta dipecahkan kepada beberapa pasukan dimana setiap pasukan perlu bekerjasama untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan.

Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama terbaik dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Adalah diharapkan semangat kerjasama yang ditunjukkan dalam program ini dapat diteruskan dalam urusan kerja seharian.

 

 -- Gambar Sekitar Program -- 

   

   

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates