Malay Chinese (Simplified) English

HARI KELUARGA ADTEC BATU PAHAT ANJURAN KSKK MERIAH


ADTEC Batu Pahat, 25 Februari 2020 - Hari Keluarga ADTEC Batu Pahat yang diadakan di Grand Beach Resort, Port Dickson pada 21 dan 22 Februari baru-baru ini, disambut meriah dengan kehadiran kakitangan dan anggota keluarga masing-masing. Program 2 hari 1 malam ini dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan (KSKK) ADTEC Batu Pahat. Program diadakan bertujuan untuk saling mengenali dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan ahli keluarga ADTEC Batu Pahat.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena program Hari Keluarga kali ini antaranya sukaneka, GALA NIGHT, cabutan bertuah dan pakaian beragam. Program bermula dengan aktiviti sukaneka yang dijalankan pada jumaat petang iaitu sekitar jam 4 petang. Sebanyak 7 acara dipertandingkan menerusi aktiviti sukaneka melibatkan pelbagai peringkat umur. Cuaca panas terik ternyata tidak menghalang hadirin untuk terlibat dalam setiap acara yang dijalankan.

Pada waktu malam pula, aktiviti diteruskan dengan majlis makan malam 'GALA NIGHT' di Seri Menanti Ballroom. Majlis meriah apabila masing-masing hadir dengan menggayakan pakaian bertemakan watak filem. Ada yang menggayakan watak filem Zoro, Harry Potter, Jurassic Park, Alice in Wonderland, Pirates of Carribean dan lain-lain. Majlis kemudian diserikan lagi dengan acara cabutan  bertuah, penyampaian hadiah sukaneka, swafoto dan pakaian beragam terbaik.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah diumumkan sebagai pemenang pada malam tersebut. Tahniah juga kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti Hari Keluarga KSKK ADTEC Batu Pahat kali ini. 

 

-- Gambar Sekitar Hari Keluarga --

   

    

Klik Album 1, Album 2 dan Album 3 untuk lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

 

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates