Malay Chinese (Simplified) English

Kemudahan Yang Disediakan

  • Surau An Nur

    Pihak Institut menyediakan kemudahan tempat solat, iaitu surau An-Nur ADTEC Batu Pahat. Di samping untuk memenuhi keperluan pegawai dan kakitangan Islam serta pelajar, kemudahan surau dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga ADTEC BATU Pahat. Surau An-Nur juga dijadikan tempat untuk solat Jumaat bagi pelajar Sekolah Menengah Sains Batu Pahat dan penduduk sekitar.Selain itu, surau ini juga digunakan untuk pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah agama selepas waktu maghrib, mengaji al-quran dan sebagainya yang diurus oleh Jawatankuasa surau.
  • Dewan Sri Nilam

    ADTEC Batu Pahat dilengkapi dengan sebuah Dewan Sri Nilam yang boleh memuatkan sehingga 300 orang. Ia digunakan untuk program/aktiviti anjuran ADTEC Batu Pahat sendiri mahupun agensi luar sepanjang tahun. Dewan ini turut digunakan sebagai tempat penyampaian taklimat/maklumat berkaitan ADTEC Batu Pahat kepada tetamu yang membuat permohonan lawatan secara rasmi. Dewan ini disertakan kemudahan penghawa dingin, tandas dan peralatan P.A. System.
  • Dewan Sri Intan

    Dalam memberikan kemudahan dengan tujuan keselasaan kepada para pelajar dan kakitangan, pihak institut telah menyediakan kemudahan Dewan Sri Intan ini yang boleh memuatkan 500 orang dalam pada satu-satu masa. Dewan Sri Intan merupakan tempat dimana pelbagai aktiviti dijalankan sama ada rasmi, tidak rasmi atau riadah. Di samping itu, dewan ini dilengkapi dengan kemudahan gelanggang badminton, dan P.A Sistem dan terbuka kepada pihak luar untuk menyewa. Urusan sewaan dewan serbaguna ini di bawah Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
  • Dewan Makan

    Dewan makan merupakan salah satu prasarana yang paling penting untuk para pelajar. Tempat ini digunakan oleh pelajar asrama untuk mengambil makanan dan makan di tempat yang disediakan. Dewan makan ini terdapat tempat makan terbuka yang boleh menampung 300 orang dalam satu-satu masa.
  • Pusat Sumber

    ADTEC Batu Pahat mempunyai sebuah Pusat Sumber bagi kemudahan pelajar membuat rujukan. Bahan bacaan Pusat Sumber ini merangkumi bahan rujukan kejuruteraan berkaitan bidang-bidang teknikal seperti elektrikal, elektronik, kejuruteraan komputer, mekanikal, pembuatan dan ICT. Terdapat juga koleksi bidang saintifik seperti fizik, kimia, matematik serta bacaan umum. Di antara kepentingan Pusat Sumber ialah dapat memupuk amalan membaca serta mampu untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Setakat ini ia hanya menawarkan perkhidmatan bacaan dan rujukan kepada umum manakala pinjaman hanya dibuka kepada kakitangan dan pelajar ADTEC Batu Pahat sahaja. Kemudahan ini membolehkan pelajar mengulangkaji pelajaran, mencari bahan rujukan dan menambah ilmu pengetahuan di samping menyiapkan kerja-kerja latihan yang diberikan.
  • Kafeteria

    Kafetaria disediakan bagi pelajar dan kakitangan untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah bermula dari pagi sehingga petang. Terdapat satu kafeteria di ADTEC Batu Pahat untuk pelajar dan kakitangan. Kafetaria tersebut sentiasa dipantau kawalan kualiti penyediaan makanannya serta harga yang berpatutan. Kafeteria ADTEC Batu Pahat menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk semua warga institut.

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates