Malay Chinese (Simplified) English

Selayang Pandang

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat merupakan salah satu daripada 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

ADTEC Batu pahat dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-7 di kawasan seluas 50 ekar di Jalan Tanjung Laboh, lebih kurang 8 km dari Bandar Batu Pahat. ADTEC Batu pahat siap dibina mengikut jadual pada bulan Oktober 2000 dan memulakan operasinya pada bulan Januari 2001 dengan bilangan pelatih seramai 113 orang dalam lima (5) bidang kursus.

ADTEC Batu Pahat telah dirasmikan serentak di seluruh Negara dengan 8 buah ILJTM yang lain yang dibina di bawah RM ke-7 oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Tn. Hj. Abdullah Bin Haji Ahmad Nadawi. ADTEC Batu Pahat telah diwakilkan oleh YB Tn. Hj. Ahmad Zahir Bin Jamil, Pengerusi jawatankuasa Pendidikan Dan Guna Tenaga, Belia, Sukan dan kebudayaan Negeri Johor Darul Takzim pada 11 Januari 2003.

 

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates