Malay Chinese (Simplified) English

JABATAN MEKANIKAL JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA JABATAN


ADTEC Batu Pahat, 25 September 2019 - Pertandingan Kawad Kaki antara Jabatan peringkat ADTEC Batu Pahat yang berlangsung pada 21 September baru-baru ini menyaksikan Jabatan Mekanikal & Pengeluaran dinobatkan sebagai Johan pertandingan. Kejayaan ini melayakkan mereka untuk menerima piala pusingan, piala kejuaraan dan hadiah utama. Manakala Naib Johan disandang oleh Jabatan Komputer Rangkaian dan tempat ketiga pula jatuh kepada Jabatan Elektrikal & Elektronik. Komander terbaik pula dimenangi oleh saudara Abdul Aziz bin Dzul Asr daripada Jabatan Kimpalan.

Pertandingan diadili oleh tiga orang panel hakim yang dijemput khas untuk mengadili pertandingan pada hari tersebut mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Mereka ialah En. Khuzainal bin Abd Ghani, Pegawai Kesatria ILP Bukit Katil, En. Alvensus Ginjit, Penolong Pegawai Kesatria ILP KL dan En. Nelly Iszaidi bin Mohd Said, Penyelaras Sukan dan Rekreasi Pengakap Udara, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Pertandingan kawad ini merupakan yang julung kali dianjurkan oleh ADTEC Batu Pahat. Sebanyak empat platun mengambil bahagian yang mewakili empat Jabatan pengajian di ADTEC Batu Pahat. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dimana pelajar-pelajar yang terlibat mula berkumpul di Padang Kawad ADTEC Batu Pahat. Program separuh hari ini turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Brass Band UiTM Segamat yang dijemput khas untuk membuat persembahan selain memainkan melodi yang mengiringi acara perbarisan sepanjang program berjalan. 

Tahniah kepada semua peserta yang bertanding. Tahniah juga kepada semua Ahli Jawatankuasa, Majlis Perwakilan Pelajar dan lain-lain pihak terlibat dalam menjayakan program kali ini. 

 

 -- Gambar Pertandingan -- 

   

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates