Malay Chinese (Simplified) English

JOM SIHAT 02 ANJURAN KSKK KE BUKIT TANJUNG


Batu Pahat, 19 April 2018 - Susulan daripada kejayaan menganjurkan program Jom Sihat 01 pada awal tahun ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) ADTEC Batu Pahat sekali lagi menganjurkan program Jom Sihat 02 pada 17 April baru-baru ini. Lebih 30 orang kakitangan telah mengambil bahagian dalam program kali ini. Meskipun bilangan kakitangan yang turut serta kali ini tidak seramai yang terlibat dalam program Jom Sihat 01, aktiviti yang dirancang tetap berjalan lancar dan meriah. Malah kali ini, Mr. Yamamoto, yang lebih mesra dikenali sebagai Mr. Gon Chan, juga turut serta. Beliau baru sahaja memulakan tugas beliau sebagai Senior Volunteer di Jabatan Mekanikal, ADTEC Batu Pahat pada 4 April yang lalu.

Lebih kurang pada jam 9.00 pagi, para peserta dibawa ke tempat pendakian di Bukit Tanjung dengan menaiki bas. Terdapat juga sebilangan peserta yang membawa motosikal dan berbasikal ke tempat program. Meskipun Bukit Tanjung ini tidaklah tinggi ataupun sukar untuk didaki, namun denai yang dilalui berhampiran dengan kawasan pantai ternyata menyajikan pemandangan yang indah dan amat mendamaikan. Selain daripada aktiviti mendaki , KSKK juga telah merancang aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan tepi pantai.

Tahniah diucapkan kepada Kelab Sukan dan Kakitangan ADTEC Batu Pahat kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan program Jom Sihat 02. Program seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kesihatan kepada individu malah turut memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan dikalangan kakitangan. Tahniah juga diucapkan kepada semua kakitangan yang telah turut sama menjayakan program kali ini. 

 

 -- Gambar Sekitar Program -- 

    

     

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates