Malay Chinese (Simplified) English

JOM SIHAT 03 BAWA PESERTA KE HUTAN LIPUR SOGA PERDANA BATU PAHAT


Batu Pahat, 24 Julai 2018 - Susulan daripada kejayaan menganjurkan program Jom Sihat 01 dan Jom Sihat 02 sebelum ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) ADTEC Batu Pahat sekali lagi menganjurkan program yang sama buat kali ketiga, Jom Sihat 03, hari ini. Jom Sihat kali ini membawa peserta mendaki Bukit Soga atau dikenali juga sebagai Hutan Lipur Soga Perdana. Bukit Soga yang mempunyai ketinggian 600 kaki ini terletak kira-kira 3 km daripada Bandar Batu Pahat dan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit perjalanan daripada ADTEC Batu Pahat dengan menaiki pacuan empat roda. 

Lebih kurang 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan ADTEC Batu Pahat mengambil bahagian dalam program kali ini. Meskipun bilangan peserta yang turut serta kali ini tidak seramai yang terlibat dalam program Jom Sihat 01, aktiviti yang dirancang tetap berjalan lancar. Pengarah ADTEC Batu Pahat, Tn. Hj. Mohd Manoj bin Jumidali juga turut serta dalam program kali ini.

Para peserta bertolak daripada ADTEC Batu Pahat pada jam 8.30 pagi dengan menaiki bas. Terdapat juga sebilangan peserta yang membawa kenderaan sendiri ke tempat program. Sebelum mula mendaki, terlebih dahulu para peserta membuat senaman pemanas badan yang diketuai oleh En. Mohd Hazrul bin Mokhtar. 

Tahniah diucapkan kepada Kelab Sukan dan Kakitangan ADTEC Batu Pahat kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan program Jom Sihat 03. Program seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kesihatan kepada individu malah turut memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan dikalangan kakitangan. Tahniah juga kepada semua kakitangan yang turut serta. 

Program pagi ini berakhir pada jam 10.30 pagi.

 

 -- Gambar Sekitar Program -- 

   

      

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates