Malay Chinese (Simplified) English

KAKITANGAN ADTEC BATU PAHAT GOTONG ROYONG BERSIHKAN SURAU AN-NUR


Batu Pahat, 21 Disember 2017 - Lebih daripada 50 orang kakitangan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan surau An-Nur ADTEC Batu Pahat semalam. Kerja pembersihan membabitkan kawasan dalam dan kaki lima surau termasuklah kawasan tandas dan tempat mengambil wuduk di bahagian lelaki dan perempuan. 

Aktiviti gotong-royong ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau An-Nur ADTEC Batu Pahat. Program bermula seawal jam 8.00pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Sarapan pagi turut disediakan oleh Jawatankuasa Surau bagi semua yang hadir dalam aktiviti tersebut. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong-royong semalam. 

 

 -- Gambar Sekitar Gotong Royong -- 

   

   

   

   

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates