Malay Chinese (Simplified) English

KEJOHANAN SUKAN KAKITANGAN ADTEC BATU PAHAT VS CIAST KAMPUS SATELIT


Batu Pahat, 23 April 2018 - Pasukan ADTEC Batu Pahat berjaya mengungguli kejohanan Sukan Kakitangan ADTEC Batu Pahat vs CIAST Kampus Satelit 2018 yang diadakan semalam. Lima acara dipertandingkan iaitu bola tampar, futsal, memanah, ping pong dan badminton. Sukan ini dianjurkan secara bersama oleh Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan (KSKK) ADTEC Batu Pahat dan pihak CIAST Kampus Satelit. 

Acara sukan bermula pada jam 8.30 pagi di gelanggang futsal (pasukan lelaki), gelanggang bola tampar (pasukan wanita) dan padang bagi acara memanah (lelaki dan wanita).  Setelah ketiga-tiga acara ini selesai, program disambung pula dengan acara badminton (lelaki dan wanita berkumpulan) dan ping pong (lelaki dan wanita berkumpulan) sekitar jam 10.30 pagi. 

Menurut pihak penganjur, program sukan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak CIAST dan ADTEC Batu Pahat, selain untuk menjaga kesihatan melalui aktiviti senaman dan riadah disamping memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti sukan kali ini. Program sukan kemudiannya ditutup dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang sekitar jam 12.30 tengahari.

 

 -- Gambar Sekitar Program -- 

   

   

      

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates