Malay Chinese (Simplified) English

ADTEC BATU PAHAT BAWA PULANG PINGAT EMAS DALAM AHIN 2018 PERINGKAT ZON SELATAN


ADTEC Batu Pahat, 12 Julai 2018 - Projek Alat Penguji Mentol Tanpa Wayar yang dibangunkan oleh pelajar Bahagian Mekatronik, ADTEC Batu Pahat telah berjaya merangkul EMAS seterusnya dinobatkan sebagai projek inovasi terbaik dalam pertandingan Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2018 peringkat Zon Selatan. Pertandingan diadakan di Avillion Hotel, Melaka pada 9 hingga 10 Julai, baru-baru ini. Kemenangan ini membolehkan mereka membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM1,100.00 beserta cenderahati dan sijil penghargaan. Projek Trackless Transporter Robot yang juga terpilih sebagai finalis AHIN peringkat Zon Selatan turut menerima saguhati wang tunai berjumlah RM300.00 beserta cenderahati dan sijil penghargaan.

Pertandingan Anugerah Harta Intelek Negara atau AHIN 2018 dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada perekacipta dan pencipta atas penghasilan harta intelek mereka dalam pembangunan sosio-ekonomi negara. Selain itu, ianya juga diadakan bagi menggalakkan serta menanamkan budaya berkreativiti dan berinovasi di kalangan rakyat Malaysia. Bagi kategori Perekacipta Harta Intelek (Pelajar Institusi Kemahiran atau setaraf) dan kategori Perekacipta Muda Harta Intelek (Pelajar Sekolah Menengah), pasukan yang turut serta perlu bertanding diperingkat zon terlebih dahulu sebelum layak mewakili zon masing-masing ke AHIN 2018 peringkat Kebangsaan. Sebanyak enam zon yang terlibat dalam AHIN 2018 kali ini iaitu zon Utara, Timur, Tengah, Selatan, Sabah dan Sarawak. AHIN 2018 peringkat Kebangsaan dijangka akan diadakan pada bulan September akan datang. 

Tahniah dan syabas pasukan ADTEC Batu Pahat. Semoga projek ini juga berpeluang untuk menang dalam AHIN 2018 peringkat Kebangsaan akan datang.

 

 -- Gambar Sekitar AHIN 2018 Zon Selatan -- 

   

  

  

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates