Malay Chinese (Simplified) English

KSKK ANJURKAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2019


ADTEC Batu Pahat,  23 Jun 2019 - Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) ADTEC Batu Pahat telah menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri pada 20 Jun, baru-baru ini, bersamaan dengan 16 Syawal 1440H. Majlis yang diadakan di Dewan Sri INTAN, ADTEC Batu Pahat ini dihadiri oleh kakitangan ADTEC Batu Pahat bersama ahli keluarga masing-masing. 

Majlis sambutan hari raya ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan KSKK yang diadakan bertujuan untuk mengumpulkan kakitangan ADTEC Batu Pahat agar dapat saling mengenali, beramah mesra seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan keluarga kakitangan.

Majlis bermula selepas Isyak, iaitu lebih kurang pada jam 9.00 malam. Selain disajikan dengan pelbagai juadah yang enak, majlis turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti marhaban, pertandingan keluarga sedondon, King Raya, Queen Raya, acara pakaian beragam kanak-kanak lelaki dan perempuan, sesi bergambar di photo booth, cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan.

 

Gambar Sekitar Majlis Hari Raya

    

    

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates