Malay Chinese (Simplified) English

Kursus CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector 


Batu Pahat, 22 April 2018 - Seramai 19 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kursus CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector yang diadakan pada 14 hingga 18 April, di ADTEC Batu Pahat baru-baru ini. 13 peserta terdiri daripada pelajar-pelajar ADTEC Batu Pahat, 5 peserta daripada Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai dan seorang lagi peserta adalah daripada syarikat MRT Corp. Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini dianjurkan oleh Jabatan Kimpalan, ADTEC Batu Pahat. Kursus dijalankan sepenuhnya di Bilik Seminar Zamrud. 

Bagi 2 hari yang pertama, kursus dikendalikan oleh En. Azrul Hisam bin Abdul Aziz, pensyarah daripada Jabatan Kimpalan manakala 3 hari yang berikutnya, kursus dikendalikan oleh En. Brian Yong Tze Ye, daripada syarikat TWI SEA. Pada hari terakhir kursus, para peserta dikehendaki menduduki peperiksaan khas dan mereka perlu lulus peperiksaan tersebut sebelum mereka layak diiktiraf sebagai Visual Welding Inspector oleh CSWIP. Keputusan peperiksaan akan diterima oleh para peserta dalam masa 1 bulan. 

Kursus CSWIP ini meliputi prosedur pemeriksaan secara visual, kod dan standard yang relevan dengan amalan terma dan definasi proses kimpalan dan kecacatan yang tipikal, ukuran kimpal, dokumentasi serta laporan praktikal. Sepanjang kursus ini, para peserta akan dilatih untuk mengenalpasti pelbagai ketidaksempurnaan kimpalan (kecacatan), memahami teknologi kimpalan yang berkaitan dengan pemeriksaan visual, memahami keperluan untuk dokumentasi dalam kimpalan, mengenalpasti kod dan standard yang berkaitan dengan keperluan pemeriksaan, menjalani proses amalan pemeriksaan visual serta melapor dan membuat laporan pematuhan dengan kriteria yang digunakan.

Menurut En. Azrul Hisam, beliau sangat berharap agar melalui kursus ini, para peserta akan mendapat pendedahan secukupnya terhadap pemeriksaan hasil kimpalan serta berjaya diktiraf sebagai Visual Welding Inspector oleh CSWIP. Beliau juga berharap, dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi oleh peserta, mereka dapat pula menyampaikan kepada orang lain untuk manfaat bersama.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus. Tahniah juga diucapkan kepada Jabatan Kimpalan kerana telah berjaya menganjurkan kursus ini. 

 

-- Gambar Sekitar Kursus --

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates