Malay Chinese (Simplified) English

Kursus Customised Pneumatic and Hydraulic System 


ADTEC Batu Pahat, 16 Disember 2018 - Seramai 13 staf syarikat Fujitsu Component (M) Sdn Bhd telah menyertai kursus customised Pneumatic and Hydraulic System di ADTEC Batu Pahat yang berakhir semalam. Kursus 5 hari yang bermula sejak 17 November yang lalu hanya dijalankan pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu.

Kursus dianjurkan oleh Jabatan Elektrik dan Elektronik (JEE) dan dijalankan di Bengkel Pneumatik, Bahagian Mekatronik dan Bengkel Hidraulik, Bahagian Elektronik. Tenaga pengajar yang bertanggungjawab dalam melatih para peserta terdiri daripada pensyarah JEE seperti Encik Mohd Karim bin Hashim, Puan Suhailae binti Moridan dan Puan Siti Harita binti Hussin.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan juga pihak penganjur yang telah menjayakan kursus tersebut.

 

 -- Gambar Sekitar Kursus --

   

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates