Malay Chinese (Simplified) English

KURSUS KEUSAHAWANAN DIGITAL : REFRESHER COURSE


Batu Pahat, 23 April 2018 - Seramai 15 orang peserta terdiri daripada kakitangan ILJTM Zon Selatan telah menghadiri Kursus Keusahawanan Digital : Refresher Course yang diadakan di ADTEC Batu Pahat pada 16 hingga 18 April, minggu lepas. Antara peserta yang terlibat ialah En. Syahrull Nizam bin Perdan, iaitu Pengarah Institut Latihan Perindustrian Mersing. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan keusahawanan dalam kalangan master trainer eUsahawan digital ILJTM.

Kursus 3 hari ini merupakan anjuran bersama antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Kursus dijalankan di Makmal Komputer 3, Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Kursus dikendalikan oleh En. Muhammad Zulhilmi Shaharuddin daripada KKTM Ledang dan En. Mizan Ali daripada KKTM Masjid Tanah. 

Tahniah diucapkan kepada semua peserta, pihak penganjur dan juga penceramah yang telah menjayakan kursus kali ini. Semoga ilmu yang dipelajari oleh peserta melalui kursus ini, dapat pula disebarkan dan dimanfaatkan terutamanya oleh kakitangan dan pelajar-pelajar ILJTM.

 

 -- Gambar Sekitar Kursus -- 

      

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates