Malay Chinese (Simplified) English

KURSUS PENGATURCARAAN PHP LARAVEL FRAMEWORK & MYSQL


ADTEC Batu Pahat, 12 Oktober 2018 - Seramai 11 peserta terdiri daripada kakitangan ADTEC Batu Pahat, JMTI, ILP Kuantan, ILP Pasir Gudang dan ILP Tangkak telah menghadiri kursus pengaturcaraan PHP Laravel Framework & MySQL yang berakhir semalam. Kursus yang bermula sejak 8 Oktober yang lepas, dianjurkan oleh Bahagian Pusat Sumber & Multimedia, ADTEC Batu Pahat dengan kerjasama Jom Training Centre, penyedia latihan yang berpusat di Puchong, Selangor. 

Sepanjang kursus, peserta dilatih secara praktikal untuk membangunkan sistem sebenar menggunakan Laravel. Laravel adalah merupakan rangka kerja PHP terkemuka di dunia pada masa kini, yang dibangunkan oleh Taylor Otwell untuk memudah dan mempercepatkan proses membangunkan sesebuah sistem.

Kursus empat hari ini dijalankan di Makmal Komputer 3, ADTEC Batu Pahat dan dikendalikan oleh pengajar berpengalaman, Encik Amirol bin Zolkifli. Penyampaian yang jelas dan tersusun daripada beliau menjadikan kursus ini sangat menarik dan lebih mudah untuk difahami.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan latihan. Pada akhir kursus, peserta diberikan sijil penyertaan dan cenderahati oleh penyedia latihan.

 

 -- Gambar Sekitar Kursus -- 

   

   

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates