Malay Chinese (Simplified) English

KURSUS SEBUTHARGA DAN TENDER DAN PENGURUSAN KONTRAK DALAM SISTEM ePEROLEHAN


Batu Pahat, 01 Ogos 2018 - Seramai 29 orang pegawai ADTEC Batu Pahat yang terlibat dengan perolehan dan pengurusan kontrak telah menyertai Kursus Sebutharga dan Tender dan Pengurusan Kontrak Dalam Sistem ePerolehan yang diadakan di Makmal Komputer 3, semalam. Kursus sehari ini dianjurkan oleh Bahagian Perolehan, ADTEC Batu Pahat, bertujuan untuk memberi kefahaman tentang kaedah dan prosedur yang betul dalam penyediaan sebutharga atau tender dalam Sistem e-Perolehan. 

Encik Ghazali bin Kusai daripada Commercedotcom (CDC) Johor Bharu, telah dijemput sebagai tenaga pengajar dalam kursus kali ini. Bagi memastikan para peserta mendapat kefahaman dan kemahiran sepenuhnya, proses pembelajaran dijalankan secara amali menggunakan kaedah ePerolehan Online Learning (ePOL). Menggunakan kaedah ini, setiap peserta dilatih untuk menyediakan sebutharga ke dalam sistem ePerolehan berpandukan manual dan tunjuk ajar yang diberikan oleh tenaga pengajar.

Mulai tahun 2018, Sistem ePerolehan Baharu perlu digunakan sepenuhnya menggantikan Sistem ePerolehan sedia ada. Sistem baharu ini berasaskan kepada proses perolehan strategik dimana sistem ini membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan secara atas talian. Sistem ini juga bertindak sebagai medium alternatif kepada pembekal untuk mendaftar atau memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia. Dengan adanya sistem baharu ini, proses perolehan berjalan sepenuhnya secara atas talian dan tidak lagi menggunakan borang manual. 

Kursus semalam berakhir pada jam 4.30 petang. Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Adalah diharapkan dengan mengikuti kursus ini, urusan perolehan menggunakan sistem ePerolehan yang baru selepas ini berjalan lancar.

 

 -- Gambar Sekitar Kursus --

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates