Malay Chinese (Simplified) English

KURSUS UP SKILLING SMAW 5G DAN SMAW 6G DI ADTEC BATU PAHAT


ADTEC Batu Pahat, 15 Julai 2018 - Dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar ILJTM ke tahap yang lebih tinggi, ADTEC Batu Pahat selaku COSE bidang Kimpalan di ILJTM, telah menjalankan Kursus Upskilling SMAW 5G pada 1 hingga 5 Julai 2018 dan Kursus Upskilling SMAW 6G pada 8 hingga 12 Julai 2018. Kedua-dua kursus yang setiap satunya berjalan selama 5 hari ini menggunakan kepakaran tenaga pengajar daripada ILP Pasir Gudang iaitu Encik Syed Sukri. Seramai 10 orang peserta telah menghadiri Kursus Upskilling SMAW 5G dan 10 orang lagi telah menghadiri Kursus Upskilling SMAW 6G. Beberapa orang pengajar ADTEC Batu Pahat turut tidak melepaskan peluang menyertai kursus kali ini untuk menimba pengalaman dan kemahiran baru.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus. Diharapkan dengan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat pula disampaikan kepada pelajar di institut masing-masing.

 

 

 -- Gambar Kursus Upskilling SMAW 5G --  

 

 

 -- Gambar Kursus Upskilling SMAW 6G -- 

Klik SMAW5G dan SMAW6G untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates