Malay Chinese (Simplified) English

LAWATAN AKADEMIK & PROGRAM TRANSFER OF TECHNOLOGY KOLEJ KOMUNITI SELANDAR


Batu Pahat, 8 Mei 2018 - Seramai 61 orang pelajar bersama 6 orang pengajar daripada Kolej Komuniti Selandar telah hadir ke ADTEC Batu Pahat dalam sesi lawatan akademik dan program Transfer of Technology anjuran Jabatan Komputer Rangkaian pada 30 April yang lalu. Mereka tiba di ADTEC Batu Pahat pada jam 10 pagi.

Dalam program tersebut, pelajar-pelajar dan pengajar pengiring dibawa melawat dan melihat sendiri kemudahan-kemudahan yang terdapat di Jabatan Komputer Rangkaian. Lawatan ini bertujuan untuk menanda aras Jabatan Komputer Rangkaian sebagai Local Academy CISCO di ADTEC Batu Pahat.

Dalam program singkat itu juga, beberapa orang pensyarah di Jabatan Komputer Rangkaian telah berkesempatan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran mereka kepada pelajar-pelajar yang hadir. Kumpulan pelajar tersebut dipecahkan kepada 4 buah kumpulan kecil dan ditempatkan di makmal yang berasingan untuk memastikan program Transfer of Technology ini menjadi lebih efisyen. Setiap kelas dikendalikan oleh seorang pensyarah berpengalaman. Antara pensyarah yang terlibat ialah En. Wan Muhammad Hazwan bin Ahmad Azamud-Din, En. Mohd Hanafe bin Hashim, En. Norhisham bin Norani dan Hj. Nasir bin Abd Rashid.

Program kemudiannya berakhir pada jam 3.30 petang.

 

 -- Gambar Sekitar Program - 

 

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

       

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates