Lawatan Audit Susulan MIDA ke Bahagian Pembuatan


ADTEC Batu Pahat, 8 April 2021
 - Lawatan audit susulan pihak MIDA yang diwakili oleh Pn. Aizah binti Abdullah dan En. Muhammad Amir bin Zainal Abidin dari Bahagian Pengurusan Talent Industri & Ekspatriat MIDA ke Bahagian Teknologi Pemesinan, ADTEC Batu Pahat pada 4 April, baru-baru ini.

Lawatan singkat ini diadakan bertujuan untuk membuat audit susulan ke atas peralatan Mesin Mazak 5-axis dan perisian NX yang disumbangkan oleh pihak MIDA ke ADTEC Batu Pahat sebelum ini. Melalui lawatan ini pihak MIDA ingin mengetahui perkembangan penggunaan dan latihan yang telah dijalankan menggunakan peralatan tersebut.

 

-- Gambar Sekitar Lawatan --