Malay Chinese (Simplified) English

Lawatan Industri Pensyarah ADTEC Batu Pahat ke Arena Cipta (M) Sdn Bhd 


Taman Industri Sri Sulong, 6 Disember 2018 - Lapan pensyarah daripada Jabatan Elektrik dan Elektronik, ADTEC Batu Pahat telah mengadakan latihan industri ke Arena Cipta (M) Sdn Bhd di Taman Industri Sri Sulong, Batu Pahat pada 3 Disember, baru-baru ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan peluang kerjasama yang boleh dijalinkan antara ADTEC Batu Pahat dan pihak syarikat. 

Dalam lawatan singkat tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan antaranya berkaitan dengan penempatan pelajar untuk latihan industri, penempatan latihan sangkutan industri bagi pensyarah serta padanan teknologi reka bentuk di industri dengan silibus teknologi Mekatronik dan Elektronik Industri di ADTEC Batu Pahat. 

 

 -- Gambar Sekitar Lawatan --

     

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates